Selasa, 17 November 2009

TUMBUHAN HERBAL (PEGAGA)




Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica kini bukan sahaja dijadikan ulam dicecah dengan sambal terasi (kata orang jawa) tetapi menjadi rebutan saintis perubatan dan kosmetik antarabangsa. Tumbuhan hijau yang tumbuh melata ini dikatakan mengandungi sejenis enzim yang bernilai tinggi “tetripenoids” yang menjadi antara bahan asas dalam pembuatan kosmetik kecantikan kulit dan ramuan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati penyakit barah. Ia juga diproses untuk dijadikan minuman kesihatan atau tonik untuk menyegarkan badan selain peransang kepada pemulihan.

Dengan keistimewaannya, pucuk pegaga kini dilihat sebagai tumbuhan komersil . kajian secara saintifik menunjukkan pucuk pegaga mempunyai enzim tetripenoid untuk dijadikan ubat anti kanser.

Selain itu terdapat empat jenis pegaga yang terdapat dinegara malaysia, iaitu pegaga biasa yang mudah diperolehi dikampung-kampung, pegaga salad yang daunnya menyerupai daun salad sebenar (versi daun lebar) pegaga nyonya dan pegaga hitam.

1 komentar:

  1. saya amat teruja dgn kesan2 kebaikan pegaga...
    tp sy musykil bila terbaca satu artikel yg menulis bhw ada kajian yg mengatakan pegaga ini tidak boleh diambil dlm kuantiti yg byk dan kerap kerana boleh meransang sel barah dlm jangka masa pjng. tp dlm artikel trsebut tidak menamakan siapa yg empunya kajian...

    BalasHapus

Silakan Berkomentar Jika Isi Artikel Ini Bermanfaat Untuk Sobat, Terima Kasih Dan Salam Blogger Mania......